FREE RSS Reader | Waktu Solat | Promotions

alhafiz3d's RSS Reader


Example: http://feeds.feedburner.com/alhafiz3d

Visit www.tranungkite.net


SINAR BAHAGIA 16 SEPTEMBER

a
PR sedang bertungkus-lumus merealisasikan kerajaan baru yang amanah, telus, dan berkebajikan. Usaha ini bukanlah satu perkara baru. UMNO/BN telah banyak kali melakukannya. Contohnya, suatu masa dahulu mereka juga bertungkus-lumus menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan. Sehubungan itu, mereka tak perlu bergundah gulana dengan situasi yang sedang melanda ketika ini.

Mereka perlu menerimanya sebagai satu pusingan hidup yang telah ditentukan-Nya. Sesebuah kerajaan muncul, mengalami zaman kegemilangan, dan akhirnya jatuh. Ada sesuatu yang tidak kena dengan pegangan mereka jika hal ini gagal dihayati. Apa saja yang ada pada tangan kita merupakan pinjaman semata-mata. Sesuatu yang di atas pasti turun juga sudahnya !!!

Sekadar Menulis...

A
Amat menarik apabila membaca berita Setiausaha Agung DAP saudara Lim Guan Eng beserta barisan exco Pulau Pinang berbuka puasa dengan pimpinan Pas Pulau Pinang di sebuah restoran di Seberang Jaya. Ternyata satu perkembangan baru daripada beberapa perubahan yang diambil oleh sebuah parti yang dikatakan chauvinis china ini. Dalam masa yang sama Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengumumkan akan menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri yang ditadbir DAP itu.

Sebelum itu banyak juga penekanan diberikan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di sana. Pada mulanya orang melayu ramai yang terkedu dan tidak kurang juga yang teruja apabila Lim Guan Eng ingin mencontohi pemerintahan Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya. Apakah itu strategi politik jangka panjang DAP atau naluri Lim Guan Eng yang beliau sendiri mempunyai jawapannya.

Kemana hala tuju dakwah kita?

 Selesai menyampaikan kuliah disurau MBPJ, seorang pemuda yang berambut panjang, dan memakai rantai di tengkoknya (bukan rantai Emas) telah menyapaku. Aku amat pasti, dia adalah antara puluhan pemuda yang mendengar kuliah zohorku itu. 

Mungkin aku tidak terlalu mahir dengan dunia artis dan hiburan di Malaysia. Yang mana, pemuda yang menegur itu memperkenalkan dirinya dan menyatakan bahawa dia adalah seorang artis yang bekerja sebagai penyanyi.  

HIKMAH BERAHUR

Disalin dari: Meneladani Shaum Rasulullah
Oleh: Syaikh Salim bin Ied Al Hilali dan Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid

1. Hikmah Sahur
Allah telah mewajibkan kita semua berpuasa sebagaimana Ia telah mewajibkan kepada orang2 sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, seperti dalam firmanNya:
"Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas oarng2 sebelum kamu, agar kamu bertakwa." [Al Baqarah: 183]

Ramadhan: Bulan Mengendalikan Hawa Nafsu

a
Sering kita mengatakan atau mendengar bahwa puasa (shaum) adalah berfungsi untuk menundukkan hawa nafsu buruk kita. Namun, yang dimaksud sekadar menahan nafsu makan dan minum, tidak berbohong, tidak bertengkar atau aktiviti lain yang bersifat moral semata- mata. Sekiranya faktanya sedemikian rupa maka sebenarnya telah terjadi penyempitan makna dari menundukkan hawa nafsu itu sendiri. Allah SWT berfirman:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى

Tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran dan al-Hadist) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). [TMQ An-Najm (53): 3-4)

Janji Pengerusi BNBBCT

Jumaat- Pengerusi baru Back Nasional Backbenchers Terengganu,Dato Mohd Nasir berjanji dan berikrar bahawa tiada Ahli Parlimen BN dari Terengganu akan menyertai Pakatan rakyat dan merialisasikan impian PR untuk membentuk kerajaan pada 16 September.Nasir berkata 'Ahli-ahli parlimen bn terengganu masih setia kepada Barisan Nasional,kerana kami merasakan hanya BN parti yang relevan untuk memimpin negara,setakat ini ahli-ahli parlimen terengganu masih dengo kate lagi,dok babil'.Nasir juga berikrar beliau akan menjalankan tugas dengan amanah sebagai Pengerusi BNBBCT yang baru dan akan memastikan ahli-ahli parlimen BN menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,Nasir juga menyangkal ulasan didalam Sinar Harian bahawa dirinya akan melompat parti,Nasir berkata walaupun memang benar ada satu-dua perkara yang beliau tidak setuju dengan pimpinan parti tetapi beliau tidak sanggup melihat Malaysia digadaikan ditangan PR nanti,demi negara bangsa dan negara beliau akan pastikan tarikh 16 September 2009 tidak akan membawa apa-apa makna berkaitan peralihan kerajaan dalam sejarah Malaysia.

AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL TERIMA :"ANG PAU RAYA"

a
Timbalan perdana menteri Malaysia Datuk Mohd Najib Razak mengesahkan dan meluluskan sebahagian besar ahli parlimen barisan nasional "RETREAT" KELUAR NEGARA. Untuk ayat mudah faham bersiar-bersiar dan melawat sambil berehat minda. (kata mudah lagi makan anginlah).

Mengapa pehak kerajaan barisan nasional memberi tawaran kepada wakil rakyat atau ahli parlimen BN sedemikian ruapa?. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan selama 51 tahun membentuk kerajaan.

UTUSAN BENAR ATAU MALAYSIAKINI YANG SALAH??

Dr Osman: Pemeriksaan saya berkaitan liwat Bercanggah dengan apa yang didakwa oleh majikannya - Hospital Pusrawi - Dr Mohd Osman Abdul Hamid bertegas bahawa beliau melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu. Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.

Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan

-malaysia kini

UMNO bangkit isu perkauman: Taktik memulih sokongan

a
Laporan The Malaysian Insider (September 5, 08), UMNO Penang mempertahan kenyataan Ahmad Ismail, Ketua Bahagian Bukit Bendera berhubung 'orang Cina adalah menumpang' ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh!!

Sidang media yang diadakan (gambar dipetik dari The Malaysian Insider), dilihatkan penuh sentimen dan 'bersemangat perkauman' itu turut membariskan beberapa pemimpin Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, kecuali Pak Lah itu semacam meminta-minta reaksi balas daripada pemimpin parti-parti yang mewakili kaum Cina. Di samping turut membantai pihak media yang kononnya memanipulasikan kenyataan beliau.

bila ANWAR sergah, UMNO mula gelabah

a
Topik 16 Sept semakin hangat dibicarakan. Pelbagai ramalan dan teori telah dibentangkan dimedan internet yang menjadi ruang untuk rakyat berwacana menyatakan pandangan serta luahan rasa keprihatinan mereka terhadap negara.

Perdebatan berkenaan satu peristiwa yang bakal berlaku pada tanggal 16 Sept 08 juga menjadikan meja-meja diwarung,cafe dan gerai gerai selaku pentas bagi rakyat melempiaskan hujah masing-masing.